“Kenapa sambung luar negara?”
“Buat dalam Malaysia kan boleh jimat,
kawan-kawan dan keluarga ada.”
Soal keluarga dan teman memang kami kalah.
Jika faktor itu dihitung, suami memilih bumi Malaysia. Namun, bicara soal PhD, perlu
dikira faktor ‘field of study’. Memandangkan bidang suami sesuatu agak ‘young
and limited resource’ di Malaysia, sememangnya perlu ke luar negara.
“Kenapa Manchester?”
“London lagi best!”
Mulanya, sebelum kami berkahwin, suami ada
becerita, dia ingin buat PhD luar negara. Pilihan pertama: Canada. Tenganga
saya dengar!😨 Diam. Angguk tidak. Bersuara pun tidak😑.
Setelah beberapa tahun hasrat tertunda dek
pelbagai komitmen, akhirnya dua tahun lepas suami menyatakan kesediaan untuk
sambung belajar. Pilihan pertama tadi sudah berubah..hehehe… ke mana pula? Yang
pasti, pihak kementerian menetapkan syarat ‘Top 100 university’ di dunia.
Allahu…
- University's world ranking
- Field of study
- Supervisor
dan sesuai dengan bidangnya, ada 2 pilihan
– Jepun atau Australia. Suami memilih Australia. 8 jam naik flight, ok la kan?
Hehehe… Supervisor telah dihubungi. Tajuk telah dirangka. Namun, Allah Maha
Mengetahui. Permohonan ditolak atas faktor IELTS.
Awal tahun 2019, suami sekali lagi membaca
syarat untuk mendapatkan penajaan untuk sambung pengajian. Tahun ini, bukan
lagi Top 100 tetapi Top 50! Kebetulan pihak universiti beliau menerima
kunjungan delegasi dari University of Manchester (UoM) dan suami bertemu empat mata dengan bakal supervisor. Alhamdulillah, bakal supervisor suami masih ada ‘kuota
kosong’ for the next 3 years. Bermulalah permohonan ke pihak UoM. Dalam bulan
March 2019 suami mendapat surat tawaran dari UoM seterusnya
membuat permohonan ke pihak penaja melalui universiti beliau. Hal ini yang ada twist sikit😞: pihak UoM
tidak akan mengeluarkan surat kelulusan selagi tiada jaminan dari segi kewangan…
pihak penaja (Malaysia) pula, mereka tidak akan proses permohonan selagi tiada ‘confirmation of placement’.
Maka, bermulalah episod gaduh-gaduh manja (almost everyday) sebab stress kami berdua dah another level
up! *resam suami isteri kan... gaduh petang, malam ok balik... gaduh malam, esok pagi dah baik😜😂
Sekembalinya kami dari berhari raya di
Kedah, kami susun jadual masing-masing untuk ulang alik Shah Alam- Ayer Keroh
untuk urusan ke Manchester. Saya lah tu! (Bila suami nak buat PhD, isteri
self-appoint jadi PA🙋). Hal yang banyak bagi kekangan untuk kami adalah
- Kami tinggal di Melaka, sedangkan banyak
urusan perlu dilakukan di KL (visa, TB test, hantar borang ke KPM)
- Walaupun kami berdua bekerja sebagai
pensyarah tetapi untuk universiti yang berbeza. Jadual kami selalu clashing.
Bila saya free, dia ada kelas. Bila dia free, saya sibuk dengan events. Waktu
ini Allah sedang uji kami untuk ‘sabar’, ‘tolak ansur’ dan ‘empati’.
Memandangkan fokus kali ini untuk suami
dan time-table saya agak fleksibel, saya banyak adjust jadual saya untuk accomodate masa suami. Bila ada waktu saya boleh
tolerate atau ada office-mate boleh cover, saya apply cuti follow husband ke
KL. Cuti tahunan saya habis untuk ulang-alik KL-Melaka!
Bagi kebanyakan universiti, tarikh lapor diri bagi pelajar post-grads agak fleksibel berbanding undergrads.
Namun, tidak boleh sambil lewa. Pihak UoM memberi tempoh sehingga 30
September. Sekiranya terdapat sebarang hal, pelajar boleh request untuk lapor
diri sehingga Oktober, namun perlu ada alasan yang kukuh. Akhirnya, kami sepakat
untuk travel berasingan. Suami lapor diri dahulu pada September, saya bakal
menyusul pada Oktober selepas selesai events, kelas dan final exam.
Fiuhhhhh……
Kenapa kami pilih untuk travel tarikh berbeza? Next
post!
*Sacville building ni ada surau besar, boleh Solat Jumaat
UoM ada banyak bangunan sekitar city centre...
dalam zon campus ni ada shopping mall, restaurants, brands outlet, hotel,
apartments, offices, etcs.
*UoM di Oxford road (consider main building)
Comments
Post a Comment