Skip to main content

Dari Melaka ke Manchester: Covid-19 - Lockdown - Hope




Novel Coronavirus, Covid-19... saya tidak perlu ulas lanjut kronologi bagaimana virus ini menjadi virus pandemik. Saat ini, dunia sedang 'berperang' dengan makhluk halus ini. 

UK dalam fasa 'Easing Lockdown' ketika ini. 24 Julai, kerajaan UK mula mengenakan mandatori pemakaian face mask ketika mengunjungi kedai.

Shopping mall, brands outlet telah dibuka dengan kawalan pergerakan sosial.
Hari pertama outlet dibuka semula, orang ramai membanjiri outlet pilihan dan sanggup beratur panjang dengan face mask.

Taman rekreasi penuh dengan manusia. Beberapa minggu lepas, kami beriadah di Heaton Park, taman rekreasi yang besar di Manchester. Seperti tiada apa berlaku, kawasan hotspot ini dikunjungi manusia dengan tujuan masing-masing- berkelah, beriadah, sunbath, mengambil foto.


Muzium dan hotel dibuka berperingkat mengikut zon/kawasan.

Restoran dibenarkan menerima pelanggan 'dine-in' atau 'stay-in'.

Sekolah telah dibuka berperingkat untuk beberapa kumpulan pelajar sahaja.

Universiti masih ditutup. Tiada makluman terkini bila akan dibuka.

Masih ramai yang work-from-home.

Saat ekonomi UK mula rancak, hari ini kami terbaca berita kes Covid-19 di Sepanyol kembali memuncak dan Perancis bakal kembali menutup sempadan mereka.





Apa khabar saudara/saudari di Malaysia?
Setiap hari kami bertanya khabar keluarga dan bertukar cerita.

Menelusuri fasa awal saat dunia digemparkan dengan penularan Covid-19 di Wuhan, suami masih ulang-alik ke universiti, rutin seperti biasa. Cuaca bulan Mac masih dingin, kerap hujan dan berangin. Rakyat UK secara amnya masih beraktiviti seperti biasa walhal setiap hari berita di Wuhan terpampang di media massa, masih buka sempadan untuk penerbangan dari China. Penghujung Februari ada kes pertama di UK, kalau tidak silap, kota London. Waktu itu, kami masih tenang dan 1-day trip to Ceshire Oaks Designer Outlet.πŸ˜‚ Sehingga awal Mac, kes pertama di Bury (9 kilometer dari Cheetham Hill), buatkan kami tersentak. Bury adalah tempat favourite kami membeli keperluan harian terumata ikan. Sehinggalah kerajaan UK umum national lockdown pada penghujung Mac, seminggu selepas kerajaan Malaysia umum PKP.

Pada peringkat awal lockdown, kami berdua dan rakyat Malaysia di Manchester sangat risau bukan kepalang. Bukan sahaja risaukan diri di tanah asing, tetapi lebih risaukan keluarga terutama ibu bapa di kampung. Doa menjadi senjata, videocall penyambung silaturahim bertanya khabar selalu. Keluarga dan rakan kerap kali bertanya sama ada kami pulang ke tanah air atau terus tinggal di Manchester. 
"Masih di UK?"
"Tak balik ke?"
"Selamat ke duduk di sana?"

Setelah mengambil kira penaja mohon pelajar kekal tinggal di tempat belajar, kos sewa rumah dan utiliti masih perlu dibayar walaupun rumah ditinggal kosong ... dan memikirkan ramai rakyat Malaysia pemastatutin tetap UK tinggal berdekatan, ada komuniti penghubung kami yang baru tinggal di sini dengan PR, jadi kami mengambil keputusan kekal di sini. Banyak lagi kebarangkalian dan risiko jika kami tergesa-gesa pulang ke tanah air.. soal transit tempoh yang lama di London (waktu tu kes tinggi di London), soal di mana nak kuarantin, tiket mahal sebab penerbangan London-KLIA terhad, dan banyak lagi.

Walaupun universiti tutup, jadual suami masih seperti biasa. Face-to-face meeting ditukar ke online-based. Setiap dua minggu perlu ada virtual meeting dengan supervisor. Hari-hari sepanjang lockdown tiada beza bagi pelajar PhD. Research masih berjalan. Cuma sedikit kekangan dalam knowledge sharing, of course virtual meeting tidak sama dibandingkan dengan face-to-face discussion. Ini yang menjadi big obstacle buat suami, dengan research title yang agak 'new' to him, banyak aspek yang suami masih perlu faham sebelum memulakan project simulation...jadi emosi banyak naik turun. 

On another point of view, rutin seorang isteri bukan setakat menyediakan makan minum dan urus rumah tangga. Saya banyak bermain emosi. Kesian suami! πŸ˜…πŸ˜‰πŸ˜ŒMungkin kerana fitrah seorang perempuan. Ada saja tak kena tak betul di mata saya. Kami masih belajar untuk hidup di tanah asing, belumpun setahun! Masih haru-biru... dengan cuaca di Manchester yang sentiasa tak menentu.. Saat gelombang Covid-19 menjengah tanah Britain,  peralihan musim sejuk ke musim bunga. Cuasa semasa peralihan musim, (hanya yang ada pengalaman sahaja faham) betapa cuaca sangat menganggu emosi. Bila keluar untuk beli keperluan harian, bukan sahaja perlu fikirkan cuaca malah perlu rancang dengan teliti supaya tidak ambil masa yang lama untuk membeli keperluan. Pakai face mask walaupun waktu itu belum ada compulsory pakai face mask untuk masuk supermarket. Jadi seawal 7 atau 8 pagi untuk elak beratur panjang. Ada kedai runcit yang beroperasi lewat dari jadual biasa. Kebiasaan mula jam 8.30pagi, tetapi semasa lockdown bermula 9.30pagi baru buka, jadi kami sudah ada di depan kedai seawal jam 9.00pagi. Ramai orang panic buying sehingga stok keperluan asas tidak berbaki untuk yang lebih memerlukan



Sepanjang tempoh fasa awal Lockdown, saya mula rasa tidak selesa...anxiety.. panic attack. Banyak artikel di media tentang kadar kematian meningkat, panic buying, ekonomi dunia meleset, depression, mental health, NHS (sama macam KKM kalau di Malaysia) was out-numbered handling Covid-19, ada kanak-kanak seawal umur 3 tahun meninggal dunia kerana jangkitan Covid-19. Allahuakbar! Sangat menduga! 

Soal barang keperluan asas memang isu utama semasa fasa awal lockdown. Panic buying yang melampau!😑😠 Ada yang ambil kesempatan jual hand sanitiser dan face mask dengan harga 3-5kali ganda. Kami pulak jenis tak simpan stok makanan kering dan keperluan rumah. Awal lockdown, harga ayam dan daging berterusan naik harga. Kebiasaan daging kambing berharga 8-9 pound sekilo, mencecah 10-11pound sekilo. Sebulan pertama dalam tempoh lockdown sangat susah nak jumpa tepung gandum, gula, beras, spageti, minyak masak. Waima shampoo, sabun mandi, berus gigi, sabun basuh baju pun habis! Ramai orang panik usung 2-3 troli beli tisu tandas, tapi tidaklah menjadi isu untuk kami kerana itu bukan keperluan asas. Lain isi rumah, lainlah keperluan kan😊 Nasib sebulan sebelum lockdown, kami sudah ada stok minyak masak 5liter dan beras 10kg, kebetulan beli semasa Tesco adakan promosi. Niat memang nak beli buat stok Ramadhan sebab beras dan minyak tengah murah. Allahu memang nak jadi cerita sebulan kemudian stok semua habis. Saat PKP di Malaysia, suri rumah sibuk baking, buat donut, buat roti canai...kami di sini shortage of plain flour! Alhamdulillah, menjelang Ramadhan dan Aidilfitri, semua stok kembali ke asal. Kami beli di Tesco, jadi harga barang masih terkawal walaupun ada sedikit peningkatan harga terutama tepung. 

Menjelang Aidilfitri, Malaysia telah melonggarkan PKP tetapi UK masih tidak benarkan group gathering, indoor atau outdoor. Alhamdulillah keluarga kami di Malaysia tinggal berdekatan dan adik-beradik kami dapat berkumpul dengan mama & abah (both families) pada hari raya pertama. Kebanyakan Muslim di sini, pada hari raya, berbual di hadapan pintu rumah dengan ada penjarakan sosial. Kami hanya mampu bertukar juadah dengan keluarga Malaysia yang tinggal berdekatan sepanjang Ramadhan dan Aidifitri. Tiada iftar berkumpulan dan tiada rumah terbuka raya di sini!

Bila kerajaan UK membeli kelonggaran "easing lockdown" sekitar bulan Jun, barulah kami berani untuk keluar ke taman (park) dan small group gathering dengan rakan seMalaysia. Baru beberapa minggu lepas kami berani untuk ke Bury (tempat pertama kes Covid-19 di Manchester) untuk membeli stok ikan sambil melihat suasana.. ye lah.. dah lama tak keluar rumah menapak jauh lebih 2km dari rumah.πŸ˜‡πŸ˜‚

Melihat lautan manusia di kawasan terbuka dengan face mask, saya terdetik, adakah norma baharu ini akan berterusan? Banyak artikel berbahas tentang vaksin dan jika vaksin tidak ditemui, gelombang seterusnya dijangka berganda terutama negara 4 musim yang bakal menginjak ke musim luruh seterusnya musim sejuk. Dikatakan musim sejuk hit the most! Rasa sesak dada memikirkan apa yang bakal terjadi. Allah jua kita memohon perlindungan. 

Ramai yang hilang orang tersayang akibat pandemik ini.

Ramai hilang pekerjaan atau bisnes.

Banyak kes penderaan rumah tangga sepajang PKP/lockdown.

Banyak kes pecah rumah/rompak.

Di sebalik dugaan, ada hikmah.

Ada yang hampir bercerai, kasih kembali bertaut.

Ada restoran tutup berikan pek makanan percuma kepada yang memerlukan.

Ada pasangan yang berjauhan, dapat menatap wajah tersayang setiap hari.

Ada yang tidak pandai masak, boleh masak!*SayaπŸ™‹πŸ˜„

Ada yang memulakan perniagaan kecil apabila diberhentikan kerja.

Ustaz/Ustazah adakan kuliah online, saya di sini pun follow.

Banyak sangat hikmah jika kita tidak banyak merungut.

Ramai Semoga kita semua dilindungi Allah SWT, dihindarkan dari pandemik yang masih 'berlegar' di sekeliling kita. Ramai yang telah kembali bekerja, atau lebih tepat 'perlu' kembali kepada keadaan sedia kala. Ini norma baharu untuk kita, a new normal for us. Insya Allah, kita baik-baik sahaja. 

Hari Raya ke-2, cuaca sangat best, panas, ambil peluang jalan-jalan sekitar kejiranan. 8.00pm masih cerah!

Comments

Popular posts from this blog

Home Sweet Home: Part 3

Okay.... hopefully this will be the last entry about our new home story.. Part 2 macam ganas and exaggerate sikit kan..hahaha... bila nana dah simpan sabar tu dah lama & sampai satu tahap tu, memang meletop tebabooommm!!! Saya bukan jenis yang cakap kasar, merendahkan maruah orang apalagi keluar perkataan lucah.. It's not me.. Cuma bila sampai satu tahap yang orang sudah pijak kepala & anggap kita ni lemah dan tak cerdik, masa tu la "Nana Anak Tebuan" muncul...*peace yo!* After the incident, I've told to my husband that I will never step into the management office anymore. I told him to tell budak-budak yang ada kat Management Office tu "Jangan sampai my wife datang office macam hari tu"... ahaks... Jangan cari pasai dengan oghang kedah ni, sat lagi cek kuntau habih 1 ofis... Part 3 ni nak share semuanya tentang manis-manis sahaja.. sweeeeet gitu... cerita pasal perabot, pasal kitchen cabinet, deco-deco 1 rumah... Macam mana kami beli perabot

Dari Melaka ke Manchester: Rumah di Ayer Keroh vs. Flat di Cheetham Hill

Crumpsall Tram station (5 mins walking distance from our flat) Macam mana kami berdua survey rumah di Manchester? Contact orang Malaysia yang menetap di Manchester, husband tanya rakan-rakan yang pernah study di sana, contact student yang tengah study di Manchester. Kami berdua sepakat untuk husband ‘commute’ rumah ke universiti sama ada bas atau tram. Kereta? Kami fikir tiada keperluan untuk beli kereta. Memandangkan kami hanya berdua, biarlah kami susah sedikit tunggu bas atau tunggu tram dari keluar duit yang banyak untuk maintenance kereta. Kereta di UK memang murah. Tapi insurance dan servis yang banyak pakai duit. *ini pandangan kami berdua, kereta adalah ‘optional’ bukan keperluan. Kebanyakan family yang beli kereta di sini sebab ada anak-anak yang perlu diurus untuk ke sekolah atau lokasi rumah isolated atau jauh dari main road. Kalau nak travel dengan anak- anak pun, kereta lebih berbaloi dari naik bas atau train. We came across that Cheetham Hill (CH) town sa

Dari Melaka ke Manchester: Persediaan ke UK

This entry gonna be long! Tak tahu macam mana nak explain seringkas yang boleh dan sepadat yang boleh. Harap proses yang saya share ini ‘ generally ’ steps yang betul. Maaf ya kalau few things bercanggah sebab ini adalah pengalaman saya dan suami. Where to begins? *garu kepala banyak kali dah ni…hahahaha Ok. For postgraduate (master dan PhD), persedian A-Z atas effort sendiri ya. Dari effort nak start buat PhD bila, kat mana, background supervisor. Jangan syok excited pilih tempat tapi supervisor krik krik (sekadar ‘janji ada supervisor untuk attach’) big NO!   Check background supervisor, achievement dia, dah berapa paper published, ideologi dia boleh explore lagi ke dah atau takat tu jah..hehehe… banyak lagi lah kalau bab nak cari supervisor and I am no expert on this . Kena banyak bertanya dengan sesiapa yang dah melalui PhD journey dan lebih arif. Dalam entry sebelum ni, saya ada share macam mana husband boleh attach dengan supervisor dari UoM kan? So bila