Sememangnya perjalanan PhD sang suami bermula agak lewat jika diukur dari segi umur. Namun, siapa kita untuk mempertikai aturan Allah, Dia sebaik-baik Perancang.
'Better late than never' tidak boleh guna dalam konteks ini sebab sebagai seorang pensyarah universiti awam, suami memang perlu sambung pengajian PhD, dalam atau luar negara.
Kenapa luar negara?
Kenapa Manchester?
(next post)😆
post ni nak warm-up manja-manja jer...(sebab dah lama tak ber'blog')
Sejak dari awal tahun suami mempersiap segala borang untuk pihak universiti dan penaja. Dalam masa yang sama, kami berkorban waktu dan tenaga ulang-alik Ayer Keroh - Shah Alam untuk persediaan IVF.
Lecture class - injection - admin works (goes on and on for almost 2 months)
Letih? Memang sangat lelah. Mengalah? Belum waktunya.
Tapi... naluri sangat kuat mengatakan 'belum waktunya untuk zuriat'.
Saat menerima panggilan dari klinik supaya stop injection, saya mengerti. Berbaki 2 kotak foliculin diserahkan semula kepada pakar.
Insya Allah ada hikmah di sebalik duka kami kali ini.
Suami memujuk- "mana tau, rezeki kita dapat baby kat Manchester!" 😊
Beberapa bulan kemudian....
Allah ganti dengan berita gembira buat kami berdua. Email yang sangat dinantikan
diterima sang suami usai kami berdua selamat tiba di Alor Setar, beberapa hari
menjelang Syawal.
Allah hantar berita gembira ini pada bulan Ramadhan, menjelang Syawal, saat hati ini masih gulana dengan kegagalan percubaan IVF sekali lagi.
Hari Jumaat- Penghulu segala hari. Mama dan abah menjadi
saksi. Allahu Akbar, nikmat apa lagi yang engkau dustakan. Sesuatu yang sangat
istimewa. "Permohonan Penajaan untuk sambung
belajar PhD telah diluluskan" Inilah email yang dinantikan.
*instagram bertarikh 31 Mei 2019
Syawal tahun ini sangat berbeza rasa. Usai cuti di kampung halaman, bermulalah proses mempersiapkan dokumen dan kelengkapan lain untuk ke Manchester kerana berbaki 3 bulan untuk suami terbang lapor diri pada pertengahan September 2019.
Manchester! Here we come!
Comments
Post a Comment