Skip to main content

Home sweet home - part 2

Okay... sambungan dari kisah sebelum ini.

Isu tentang final payment vs serah kunci. Pemaju kata government salah. Government kata pemaju salah. At last, kami sebagai owner rumah yang tersepit! Ini semua bermula apabila selepas 2 minggu dalam bulan Mac 2015, masih tiada feedback dari pemaju bila tarikh untuk kami terima kunci rumah. Bila suami saya telefon wakil dari pemaju, mereka meemberi alasan loan kami sangkut lagi. Final payment belum ada apa-apa jawapan dari government. Government: Bahagian Pinjaman Perumahan.

Memandangkan ini adalah kali pertama kami membeli rumah dan kali pertama suami saya membuat pinjaman dengan Bahagian Perumahan, jadi kami agak blur dan tiada ilmu untuk tegakkan siapa salah dan siapa betul. Selang dua hari, suami akan telefon Bahagian Perumahan. Nak dapat line masuk untuk bercakap dengan pegawai pun cukup susah. Bila suami check online untuk status pinjaman, tiada apa-apa isu yang serius sehingga pemaju boleh pending nak serah kunci. Kami sudah deal dengan kontraktor untuk grill, pasang kitchen cabinet. Kalau grill belum naik, macam mana nak pasang kitchen cabinet & appliances? Lagi pun pada waktu itu kami masih lagi menyewa. Nanti nak bayar sewa rumah, nak bayar air api untuk 2 rumah, nak bayar fee untuk rumah baru, suami dah nak kena start bayar pinjaman. Pening kepala jugak la. Bila dapat bercakap dengan pegawai BPP, alasan hanya 1 "nama .... belum masuk sistem. Kalau nama belum ada dalam sistem maknanya belum ada semakan untuk pemabayaran".. Saya jawab senang je pada pegawai tu "Puan, ni dah masuk bulan Mac. Cukai tanah tahun ni kami dah kena bayar sendiri. Agak-agak puan, berbaloi tak kami bayar cukai tapi tak boleh masuk rumah. Memang tak mahal, tapi kena bayar jugak"

Sehingga minggu akhir bulan Mac 2015, kami suami isteri memutuskan untuk ke Bahagian Pinjaman Perumahan di Putrajaya. Dapat jumpa face-to-face dengan pegawai. Bila semak status online, memang ada final payment yang belum dijelaskan oleh BPP kepada pemaju. Pending lebih 2 bulan. Salah satu alasan, BPP kata sistem baru lepas upgrade, jadi memang ada 1 minggu pending untuk masuk dalam sistem. Status final payment atas nama suami saya akan masuk sistem minggu seterusnya. BPP kata biasalah kalau pemaju salahkan BPP. Pegawai tu siap pesan, jangan bayar apa-apa extra kepada pemaju. Nanti bila terima kunci, pemaju akan minta bayar, jangan bayar. Okay....kami agak blur, so angguk je la.

Seminggu kemudian, pemaju telefon maklum bahawa boleh terima kunci. Cepatnya?! Kena hadir ke pejabat operasi dan bayar fee sebelum terima kunci. So, bila suami ajak saya untuk terima kunci, saya tergerak hati untuk ikut sama. Untuk hal berkaitan dengan fee dan hal berkaitan dengan S&P, saya lebih sedikit ilmu berbanding suami. So, saya kena ada sekali sebab tak nak suami kena "goreng:" dengan pemaju..hehehehe...

Bila tiba di pejabat operasi, saya biar suami saya berbincang dengan wakil pemaju. Anak muda, muka macam baru lepas grade, slow, macam blur. Itu la yang dapat saya simpulkan bila saya 'scan' wakil pemaju tersebut. 

Upon receiving your house key, you have to pay 2014 land tax, management fee for 1 year and penalty for late payment.

Uiitt.. Skejap..skejap..kena bayar penalti untuk bayar lewat?! Bab kena bayar Management Fee untuk setahun tu faham la sebab sudah ada security. Bab bayar cukai tanah tu pun faham sebab kami sign agreement Januari 2014. Cuma bab bayar penalti ni musykil sikit. Dia ingat saya tak pandai English. Selama ni saya cakap Bahasa melayu, dress ala kadar macam suri rumah takde ijazah....Saya terus mengadap wakil pemaju tadi. 

Saya: "Why do we need to pay the penalty? This is between you and government?"
Pemaju: "We have stated in the S&P, if your financier unable to pay on time, we shall issue penalty by percent"
Suami: "Deduct dari balance loan saya tak boleh ke? Saya ada mark up loan. So, you still need to pay me RM20k++"
Pemaju:"I need to ask Finance, Ms June"

Saya terus pandang muka wakil pemaju. Selama ini saya diam bukan bererti saya tak faham tapi saya observe attitude anak muda ini. Hari ni, saya minta suami diam dan biar saya yang cakap. Suami sudah arif, kalau angin "anak tebuan" dah datang, dia tak akan masuk campur. Saya minta suami saya call PIC di HQ developer. Seorang wanita berbangsa Cina, dengar kata dia anak kepada salah seorang shareholder. Peduli apa, janji kebenaran.

June : "Yess puan, ada apa-apa boleh saya bantu?"
Saya: "Yess. This is regarding penalty that we need to pay"
June: "Yess. In order to release your key, you need to pay the penalty"
Saya: "Miss June, this is between you and government. Just because government not paying on-time, you put the interest charges to us. It's not fair. Kalau I tahu dari awal, I akan buat kerja on-behalf of your company to update with government. Kalau your company betul-betul nak government bayar on-time, kenapa your staff tak follow up dengan government? If we didn't go to BPP last week, I think our status still pending until today."
June:"Sorry puan. This is our practice. You ada dapat surat cc copy daripada kita kan about the charges rate. Itu pun Management kita sudah bagi diskaun. From Rm2k++, you only need to pay RM 700++. Because in the letter to government, we already stated if they cannot pay within 1 month period, we will charge the penalty based on percent"
Saya;" Hello! You siapa nak bagi arahan pada government macam tu. They are government. They have their own KPI how many days to process payment. Maybe it is more than 30 days. They will not follow your rules because they are government and you are developer"
June:"Yess, I know. I already highlight to the Management. But our Management tak nak accept. Still nak charge the interest, that is why we charge to owner, not to financier. Ada yang buat government loan, boleh dapat payment on-time"
Saya:" Really? How many people? How many percent out of total you handle projects?"
June:"1 percent"
Saya: " What?! 1% for you is successful? How about 99% not successful? You put the charges?"
June: "Yess"
Saya: "Total to pay to your company is almost RM2k. Can you deduct from balance loan. If government have made full payment to you, it means you have our balance. Just deduct and reimburse to us the balance after deduction"
June: "I cannot do that. You need to pay the total payment by your own. I cannot deduct from your balance loan. That balance, we will prepare cheque within 1 month".
Saya: "Go to hell with your policy. It is man-made, bukan Tuhan"

Saya terus serah handphone kepada suami. Terasa panas telinga. Suami saya telefon ayah mertua. Ayah mertua saya kata memang perangai develepor macam tu. Kalau nak kunci segera, bayar je. Memandangkan lagi 2 hari nak masuk bulan April dan bermulanya GST, saya mengalah. Saya telefon salah seorang kenalan yang berjawatan peguam. Kawan saya juga akui, itu memang polisi pihak pemaju dan sebagai owner kami kena bayar. Jadi, kami bayar. 

Saya: "So, macam mana kalau ada defect?"
Pemaju: :"Ambil borang ni, isi. Nanti dah lengkap, you pass to office."
Saya:"How long you boleh settle the defect?"
Pemaju: "Maybe 1 month."
Saya: "Defect sikit-skit ambil masa 1 month? Saya nak 1 minggu saja" (saja provoke)
Pemaju: "tak boleh siap 1 minggu"
Saya: "If I hire a good lawyer and made the ageement with you, macam mana?"
Pemaju tersebut diam. Asyik dok guna ayat "dalam S&P agreement dah tulis ....., policy kata..." Bila keluar statement nak cari peguam & buat agreement untuk defect settlement, tak boleh jawab pula.

Namun, saya sempat berkata sesuatu kepada wakil pemaju.
 Next time, if you are at the top, you sit with the other shareholders, please look into the policy. Policy is man-made. Think wisely.

Terus diam wakil pemaju mendengar ayat terakhir saya.
Memang saya tak akan jejak lagi kaki ke pejata operasi.

...ada sambungan part-3..tungguuuu...

Comments

  1. salam puan....saya dalam proses nak sign S&P...dah tanya pemaju pasal late payment charge ni...memang akan kena...takut la pulak kalau kena banyak ribu nanti...saya buat loan kerajaan....boleh ke nak elakkan bayaran late payment charge tu???

    ReplyDelete
  2. salam puan....saya dalam proses nak sign S&P...dah tanya pemaju pasal late payment charge ni...memang akan kena...takut la pulak kalau kena banyak ribu nanti...saya buat loan kerajaan....boleh ke nak elakkan bayaran late payment charge tu???

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lewat reply.
      suami saya pun buat loan kerajaan.. kalau loan kerajaan memang akan late payment.. nak elak tu susah jugak, 1% yang berjaya dapat on-time payment dari kerajaan kepada pemaju..
      tuan kena selalu contact bahagian pinjaman untuk tanya update setiap kali tuan dapat salinan surat pemaju kepada kerajaan (biasanya owner akan dapat 1 salinan setiap kali pemaju hantar surat kepada bahagian pinjaman).. setiap kali dapat salinan tu, call bahagian pinjaman. macam kitorang, final payment tu pergi putrajaya sebab nak tahu update, call asyik pegawai sibuk ja..hehehe.. jiran kami ada kes kena bayar hampir RM7k selepas dpt pengurangan RM12k, semua sebab pending payment lebih dari 3 bulan dari kerajaan kepada pemaju..
      apapun, tahniah berjaya miliki rumah sendiri! saya doakan segala urusan berjalan dengan lancar. tawakkal & minta Allah bantu tunjuk jalan yang terbaik.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Home Sweet Home: Part 3

Okay.... hopefully this will be the last entry about our new home story.. Part 2 macam ganas and exaggerate sikit kan..hahaha... bila nana dah simpan sabar tu dah lama & sampai satu tahap tu, memang meletop tebabooommm!!! Saya bukan jenis yang cakap kasar, merendahkan maruah orang apalagi keluar perkataan lucah.. It's not me.. Cuma bila sampai satu tahap yang orang sudah pijak kepala & anggap kita ni lemah dan tak cerdik, masa tu la "Nana Anak Tebuan" muncul...*peace yo!* After the incident, I've told to my husband that I will never step into the management office anymore. I told him to tell budak-budak yang ada kat Management Office tu "Jangan sampai my wife datang office macam hari tu"... ahaks... Jangan cari pasai dengan oghang kedah ni, sat lagi cek kuntau habih 1 ofis... Part 3 ni nak share semuanya tentang manis-manis sahaja.. sweeeeet gitu... cerita pasal perabot, pasal kitchen cabinet, deco-deco 1 rumah... Macam mana kami beli perabot...

Dari Melaka ke Manchester: Rumah di Ayer Keroh vs. Flat di Cheetham Hill

Crumpsall Tram station (5 mins walking distance from our flat) Macam mana kami berdua survey rumah di Manchester? Contact orang Malaysia yang menetap di Manchester, husband tanya rakan-rakan yang pernah study di sana, contact student yang tengah study di Manchester. Kami berdua sepakat untuk husband ‘commute’ rumah ke universiti sama ada bas atau tram. Kereta? Kami fikir tiada keperluan untuk beli kereta. Memandangkan kami hanya berdua, biarlah kami susah sedikit tunggu bas atau tunggu tram dari keluar duit yang banyak untuk maintenance kereta. Kereta di UK memang murah. Tapi insurance dan servis yang banyak pakai duit. *ini pandangan kami berdua, kereta adalah ‘optional’ bukan keperluan. Kebanyakan family yang beli kereta di sini sebab ada anak-anak yang perlu diurus untuk ke sekolah atau lokasi rumah isolated atau jauh dari main road. Kalau nak travel dengan anak- anak pun, kereta lebih berbaloi dari naik bas atau train. We came across that Cheetham Hill (CH) town sa...