Skip to main content

Home sweet home - part 1

Bercerita tentang soal rumah, macam-macam ragam orang masuk rumah baru yang pernah kita dengar kan?
Sudah 3 tahun kahwin, belum ada rezeki zuriat, namun, Allah mudahkan urusan kami untuk memiliki rumah sendiri. Betul, Allah sebaik-baik Perancang. Pasti semua yang berlaku ada hikmah dan sebab mengapa Allah mudahkan urusan lain berbanding hal yang kita ingin sangat-sangat.

Bila kami terfikir untuk punya rumah sendiri? Bagaimana urusan pembelian rumah? Pinjaman rumah? Kontraktor? Bajet untuk perabot & ubah suai? Memang banyak persoalan kan. 

Soalan pertama yang bermain di fikiran adalah rumah jenis apa & lokasi. Sememangnya saya request kepada suami untuk mencari rumah yang memenuhi kriteria seperti:
1) lokasi yang mudah/senang cari untuk ahli keluarga datang dari jauh 
2) rumah 2 tingkat. Tak kisah teres atau semi-D
3) ada stor untuk simpan barang mak nenek yang perlu disorok..hahahaha
4) ada tanah waima sekangkang kera untuk cucuk tanam
5) ada bilik di aras bawah untuk datuk & nenek kami yang sudah berusia & tak larat nak naik tangga

Berdasarkan pengalam menghuni 3 rumah sewa sebelum ini, saya agak cerewet kerana melihat sendiri kekangan ahli keluarga untuk bermalam di rumah. Setiap rumah sewa yang saya huni ada kelebihan dan kekurangan. Memang banyak kekurangan kerana hanya rumah 1 tingkat sahaja.

Keluarga sebelah suami agak besar dan keluarga saya tidak ramai. Namun, jika ada keraian dan semua berkumpul, pasti penuh ruang rumah. Jadi kami suami isteri telah putuskan untuk mencari rumah 2 tingkat. Rumah-rumah di Melaka boleh dikatakan dalam harga yang mampu milik berbanding perumahan di Selangor /KL /Seremban. Saya pernah survey, rumah teres dua tingkat boleh dapat dengan harga serendah RM 250k bergantung pada kawasan.

Sebagai penjawat awam, suami layak untuk membuat pinjaman hingga hampir RM400k. Memandangkan saya kerja swasta di Ayer Keroh, Melaka dan gaji hanya separuh dari gaji tempat lama di Selangor, saya tidak yakin untuk berkongsi membuat pinjaman perumahan. Jadi, kami setuju bahawa hanya suami yang akan menampung pembayaran pinjaman setiap bulan untuk 30 tahun! Betul, 30 tahun! Bayar hutang sampai pencen la nampak gayanya. Kesian suami saya...

Maka, penghujung Januari 2014, kami telah meneliti 5 kriteria yang disenaraikan dan perumahan di kawasan Ayer Keroh, berdekatan dengan MITC menjadi pilihan. Walaupun saya tidak 100% setuju dengan design rumah, nak buat macam mana, kriteria lain lebih penting berbanding design/layout rumah. Kami mementingkan lokasi rumah berbanding design rumah. Dari tol Ayer Keroh, hanya 7-8 minit sahaja. Bila terdesak nak beli barang dapur, Mydin Ayer Keroh hanya 5 minit dari rumah. Tambahan lagi, perumahan tersebut dikawal oleh security. Gated & Guarded

Permohonan pinjaman kerajaan tidak rumit kerana harga rumah masih dalam range tidak lebih RM400k. Suami mark up sehingga RM350k untuk ada lebihan wang untuk upah kontraktor.

Rumah kami dijangka siap siap dalam masa setahun walaupun perjanjian rumah, vacant posession nyatakan 2 tahun dari tarikh tanda tangan. Saya faham dengan terma VP dan S&P dari pengalam kerja terus menerangkan terma tersebut kepada suami dengan ayat yang lebih senang. Kalau nak baca 1 buku perjanjian tu, memang suami tak akan baca punya..hahahaha...

Dalam tempoh 1 tahun, suami kerap ualng alik tengok construction rumah. Kadang-kadang, dari Taman Botanikal (public area for riadah), kami akan singgah untuk lihat progress rumah.

Mac 2015 adalah bulan kemuncak. Berdasarkan progress pembayaran  tanggungan perumahan dari kerajaan kepada developer, sudah di peringkat akhir. Yess, final payment! Pemaju kata mereka akan mula serah kunci mulai penghujung Februari 2015, jadi bulan Mac 2015 boleh jadi rezeki kami untuk dapat kunci. Saya juga excited nak decorate rumah sendiri! Saya sudah berhenti kerja penghujung Januari 2015 dan support suami untuk "brainstorm" cat rumah, design grill, pilih mangga yang sesuai, layout extension. Kami berkunjung ke Home Deco exhibition di MITC. Sejak tandatangan beli rumah, kami tak pernah miss pergi exhibition. Survey harga, survey latest design. Nasib baik suami pun layan semangat saya nak deco rumah & not to forget, suami juga ada taste & demand sendiri untuk perabot rumah kami!

Saya google images survey design bedroom, living hall, kitchen. Juga saya beli majalah Apartment, Anjung Seri, Laman, Dapur etc name it...Seperti yang saya nyatakan, saya tidak gemar dengan layout rumah, jadi ada banyak perkara yang "tak kena" di mata saya. Finishing tiles juga agak comot. Saya survey rumah jiran-jiran juga masalah yang sama. Kalau saya nak complaint pun, rasanya akan buang masa sebab supervisor-in-charge sangat-sangat SLOW & lagi lambat la nak masuk rumah.

Sehingga penghujung Mac 2015, belum ada khabar berita kami boleh dapat kunci rumah. Walhal ada beberapa rumah di lorong lain sudah ada jiran yang dapat. Bila ditanya kepada pemaju, owner rumah dari KL yang sudah dapat kunci. Untuk owner Melaka, in-progress. Apa?!! KL?! Hello, kami ni menetap di Melaka yang patut diutamakan! Mendidih dengar cerita dari suami. Suami saya rajin keluar masuk pejabat operasi pemaju. Kalau saya ikut, saya hanya menjadi pendengar setia sahaja.

..kesudahan cerita, sambung baca part 2 ye...

                                                        *nampak tak suami saya ceria. when he's happy, i'm happy too


Comments

Popular posts from this blog

Home Sweet Home: Part 3

Okay.... hopefully this will be the last entry about our new home story.. Part 2 macam ganas and exaggerate sikit kan..hahaha... bila nana dah simpan sabar tu dah lama & sampai satu tahap tu, memang meletop tebabooommm!!! Saya bukan jenis yang cakap kasar, merendahkan maruah orang apalagi keluar perkataan lucah.. It's not me.. Cuma bila sampai satu tahap yang orang sudah pijak kepala & anggap kita ni lemah dan tak cerdik, masa tu la "Nana Anak Tebuan" muncul...*peace yo!* After the incident, I've told to my husband that I will never step into the management office anymore. I told him to tell budak-budak yang ada kat Management Office tu "Jangan sampai my wife datang office macam hari tu"... ahaks... Jangan cari pasai dengan oghang kedah ni, sat lagi cek kuntau habih 1 ofis... Part 3 ni nak share semuanya tentang manis-manis sahaja.. sweeeeet gitu... cerita pasal perabot, pasal kitchen cabinet, deco-deco 1 rumah... Macam mana kami beli perabot...

Dari Melaka ke Manchester: Rumah di Ayer Keroh vs. Flat di Cheetham Hill

Crumpsall Tram station (5 mins walking distance from our flat) Macam mana kami berdua survey rumah di Manchester? Contact orang Malaysia yang menetap di Manchester, husband tanya rakan-rakan yang pernah study di sana, contact student yang tengah study di Manchester. Kami berdua sepakat untuk husband ‘commute’ rumah ke universiti sama ada bas atau tram. Kereta? Kami fikir tiada keperluan untuk beli kereta. Memandangkan kami hanya berdua, biarlah kami susah sedikit tunggu bas atau tunggu tram dari keluar duit yang banyak untuk maintenance kereta. Kereta di UK memang murah. Tapi insurance dan servis yang banyak pakai duit. *ini pandangan kami berdua, kereta adalah ‘optional’ bukan keperluan. Kebanyakan family yang beli kereta di sini sebab ada anak-anak yang perlu diurus untuk ke sekolah atau lokasi rumah isolated atau jauh dari main road. Kalau nak travel dengan anak- anak pun, kereta lebih berbaloi dari naik bas atau train. We came across that Cheetham Hill (CH) town sa...

Home sweet home - part 2

Okay... sambungan dari kisah sebelum ini. Isu tentang final payment vs serah kunci. Pemaju kata government salah. Government kata pemaju salah. At last, kami sebagai owner rumah yang tersepit! Ini semua bermula apabila selepas 2 minggu dalam bulan Mac 2015, masih tiada feedback dari pemaju bila tarikh untuk kami terima kunci rumah. Bila suami saya telefon wakil dari pemaju, mereka meemberi alasan loan kami sangkut lagi. Final payment belum ada apa-apa jawapan dari government. Government: Bahagian Pinjaman Perumahan. Memandangkan ini adalah kali pertama kami membeli rumah dan kali pertama suami saya membuat pinjaman dengan Bahagian Perumahan, jadi kami agak blur dan tiada ilmu untuk tegakkan siapa salah dan siapa betul. Selang dua hari, suami akan telefon Bahagian Perumahan. Nak dapat line masuk untuk bercakap dengan pegawai pun cukup susah. Bila suami check online untuk status pinjaman, tiada apa-apa isu yang serius sehingga pemaju boleh pending nak serah kunci. Kami sudah dea...