Skip to main content

Dari Melaka ke Manchester: Rumah di Ayer Keroh vs. Flat di Cheetham Hill

Crumpsall Tram station (5 mins walking distance from our flat)

Macam mana kami berdua survey rumah di Manchester?
Contact orang Malaysia yang menetap di Manchester, husband tanya rakan-rakan yang pernah study di sana, contact student yang tengah study di Manchester.

Kami berdua sepakat untuk husband ‘commute’ rumah ke universiti sama ada bas atau tram. Kereta? Kami fikir tiada keperluan untuk beli kereta. Memandangkan kami hanya berdua, biarlah kami susah sedikit tunggu bas atau tunggu tram dari keluar duit yang banyak untuk maintenance kereta. Kereta di UK memang murah. Tapi insurance dan servis yang banyak pakai duit. *ini pandangan kami berdua, kereta adalah ‘optional’ bukan keperluan. Kebanyakan family yang beli kereta di sini sebab ada anak-anak yang perlu diurus untuk ke sekolah atau lokasi rumah isolated atau jauh dari main road. Kalau nak travel dengan anak- anak pun, kereta lebih berbaloi dari naik bas atau train.

We came across that Cheetham Hill (CH) town sangat signifikan dengan rakyat Malaysia sehingga digelar ‘kampung melayu’. Ramai Malaysians tinggal di CH years back. Jarak ke universiti dalam 2.5 – 3km. Kalau ikutkan tidak jauh, tapi bila naik bas tu rasa macam lama jugak nak sampai 20 minit kalau off-peak, kalau waktu puncak tu dalam 40 minit jugak. Bila buat gathering, rasa ramainya orang Malaysia, tak perlu pergi London Hall nak jumpa crowd besar!😘 Sehinggakan boleh ada pertubuhan komuniti. Di CH, ada Malaysian Community of Cheetham Hill (MCCH). Plus, ramai Muslim di kawasan CH ni. Jadi banyak restoran halal, kedai jual ayam daging halal, kedai runcit halal jadi senang nak cari rempah, instant noodle, sos, beras. Di sini juga ada Tesco besar yang jual banyak produk vegan, Asian dan daging halal juga! Rasa homey!💖💖💖

Post yang sebelum ni saya ada share yang husband tunggu dapat approval visa baru survey rumah. Kenapa? Sebab baru rasa yakin yang kami dapat ‘terbang’ ke Manchester. Kami banyak browse website rental agency di UK. Kat area Cheetham Hill ni ada rumah sewa diuruskan oleh syarikat (property), dan banyak jugak by individual landlord (ramai Pakistan). Bila ada rumah yang berkenan dan harga sewa berpatutan, kami akan forward ke team MCCH yang handle accommodation. Diorang akan pergi viewing on behalf of us, deal dengan landlord or agent and assist untuk 1st payment untuk proses 'serah kunci'. Jadi, bila touch down Manchester, dah boleh masuk rumah. Alhamdulillah group MCCH, banyak sangat membantu dari urusan sewa rumah, dokumen untuk register kat university, tax exemption dan bantu untuk bawa ke retail store untuk beli kelengkapan rumah once dah touch down. 

Sewa Rumah di Manchester
Awalnya kami set target rumah sewa sekitar 550pound – 600pound. Tapi susah sangat nak dapat yang sesuai (considering time to commute, accessible to grocery shop and availability public transport). Ada yang dalam bajet tapi rumahnya jauh ke dalam, tempat tunggu bas pun jauh. Ada yang dekat dengan tram station, rumah 2 tingkat tapi harga dah over budget. Picky & Fussy? Guilty as charged! Atas beberapa alasan kenapa kami agak cerewat tapi tak de la demanding itu ini. Once dah jumpa yang OK, gerak hati pun OK, kitorang lock the deal. Agak ambil masa juga untuk cari rumah yang sesuai sehinggalah husband terima mesej dari senior MCCH ada 1 rumah flat 2 bilik harga 650pound sebulan dan nampak macam modern design. Nampak dalam gambar memang cantik, in reality, bila makin hari tinggal di flat ni, banyak masalah jugak rumah kami ni..masalah boiler, toilet, washing machine… all these issues happpended once you residing the flat…😪😫😭 but, on another point of view, the location has easy access to tram station, nak tunggu bas pun dekat, Tesco belakang rumah dan dekat dengan main road yang ada restoran, farmasi & kedai Pakistan/Indian (nak cari mediteranean or Asian food senang). Jadi kena bersyukur jugak. Kami tak boleh expect everything will be in perfect order and suits our need.😇

Since husband fly dulu ke Manchester bulan September, saya tidak risau sangat sebab hal rumah dah settle. Cuma guide husband apa kena beli dulu contoh home appliances, kitchen tools & grocery. Dua minggu sebelum husband fly, luggage untuk travel memang dah letak tepi dan setiap hari isi sedikit demi sedikit. Dokumen yang perlu dibawa oleh husband dah siap dalam satu sling bag.

Untuk rumah di Melaka, kami berdua buat check list apa yang nak dijual, nak sedekah, nak hantar balik rumah family (ini pun kena buat list asing sebab husband sewa pick-up dan kena hantar ke dua lokasi berbeza; rumah alor setar dan rumah shah alam), apa yang nak minta jiran tolong tengokkan, apa yang nak kena buang/terminate. 

Masa saya packing pakaian husband, saya packing pakaian saya jugak. If anything, like, if luggage husband tak muat, saya akan bawa kemudian. Memang pun! Tak muat!😪 Entah apa la yang dia nak bawak beria-ria sangat..ahahahaha! Dia nak bawa kasut badminton, kasut bola, raket badminton, shuttlecock (2 kotak), sports attire lebih dari baju casual… 😫😨😶Makanan basic (maggi, milo 3in1, biskut) semua ni dia tak nak bawa tau.. dia kata “kat Manchester ada jual. Shuttlecock belum tentu senang nak jumpa”… Adoi! Bini dia muka alien! 👽Tapi diam-diam, wife dia pack jugak milo 3-in-1, teabags, sugar. Maggi takdak sebab kitorang dah stop makan maggi. Wife dia packing thermo flusk untuk senang simpan air panas. Sebab? Lelaki ni belum tentu pikir macam perempuan pikir kan? Huhuhuhu…💆💆💆

Bila husband sampai sana, dia kata-
“Maggi ada tapi mahal. Milo pun ada tapi macam tak berbaloi beli. Nanti sayang beli sepeket dua ye”
“Nasib baik sayang pack flusk air dalam luggage saya, kat sini tak tau nak cari macam mana”
“Periuk kuali nak cari size macam mana?”
“Periuk nasi saya tak beli, besar la kat sini, sayang bawak yang rumah kita punya (travel size)”
“Kettle saya beli yang paling murah.”
“Pinggan mangkuk saya tak beli yang elok lagi. Tunggu sayang sampai nanti kita beli. Saya beli 1 pinggan plastik & 1 mangkuk plastik untuk saya guna sebulan ni.”
 😕😕😕😕😕😕😕

Haru la… husband sapa macam ni? Hehehehe. 
Everytime we Skype-ing, husband request bawa maggi la, kicap la, Milo la… Dari bawa 1 L-size luggage, saya bawak 2 L-size luggage. Satu luggage untuk pakaian saya + baju raya sepasang for each of us. Tudung? Beg asing. Hand-carry lah jawabnya. Satu lagi L-luggage penuh dengan makanan, rempah masakan, iron, hand blender, rice cooker travel size, senduk masak (oppsss), tea towel, micro fibre cloth. So, I ended up brought extra luggage and each was exceeded which allowed by British Airways. Sampai KLIA nak check-in, timbang, kena unloaded few items yang rasanya boleh hand-carry atau tak bawa langsung! 😣😣😣

Husband dah bayar (online) untuk extra 1 check-in luggage. Upon check-in, saya kena top-up lagi untuk extra weight for 2nd luggage..Aduhhhhh.. 1st luggage exceeded 1kg, so staf kat KLIA kata dia boleh waive.. Baik dia. Cuma saya perlu bayar untuk 2nd luggage yang extra 5kg. They recommended I re-arranged and load inside my hand-carry bags. Saya kata beg saya tak besar, 1 backpack yang ada laptop, mak nenek dokumen, few stationery & toiletteries. Satu lagi cuma overnight bag yang dah penuh dengan tudung-tudung-tudung saya! Staf KLIA kata British Airway allow hand-carry bag 23kg. Wow!😍 “tapi dalam cabin nanti puan kena angkat sendiri simpan atas compartment, cabin crew takkan tolong, ini polisi British Airways” Ugghh😒😒😒… patah pinggang dengar dia explain.


Imagine I brought all these bags alone from Malaysia-Manchester.
Dalam cabin, beg kena letak merata compartment sebab full house! Nasib masa touch down ada gentlemen tolong.
Nasib baik naik British Airways dari Malaysia, transit kat London tak perlu pening kepala nak check-in luggage sekali lagi.



Bila suami dah selamat sampai di bumi Manchester, saya di Melaka masih bekerja dengan hari berbaki kurang 1 bulan dan waktu senggang saya kemas apa yang patut.

Buku-buku dimasukkan ke dalam storage box. Kawasan perumahan kami ni sentiasa ada tebuan tanah, hinggap di tepi tingkap, grill dan perabot jugak.😔😓 Kami jual almari buku sebab tak mahu ambil risiko tebuan tanah buat sarang selama 3 tahun. Buku-buku, dokumen, sijil, novel (ini yang paling sayang!😂) dan beberapa stationery saya masukkan ke dalam storage box besar. Saya kumpulkan flower vase, and other stationery letak atas storage box. Just in case ahli keluarga nak cari barang tertentu, boleh cari di satu tempat.

Perabot. Ini yang banyak berlegar-legar di minda. Sebab kena consider perabot mana yang worth keeping, yang nak jual dan nak sedekah. Kebetulan kami baru beli sofa baru! Adoi! Parents kami dah bising kenapa beli baru kalau dah tahu nak tinggal rumah lama. Masalahnya kami order sofa baru awal tahun cuma minta deliver ke rumah masa bulan puasa. Kenkonon sofa raya la. Buatnya masa balik raya ke kampung husband baru terima email tawaran! *sila gelak jahat! 😆😆😆Tapi saya masih fikir berbaloi untuk beli sebab kualiti sofa bagus dan ada warranty 5 tahun.

Apa yang kami jual? Kami jual dengan harga second-hand untuk sofa bed, katil single (pine wood + ada 1 sided single bed attached), sofa living room yang lama (sebab dah beli baru kan!), ottoman beli dari Recycle Furniture (boleh tengok gambar kat post ‘Home Sweet Home: Part 3’), rak kasut, almari buku. Kami jual peti sejuk sebab fikirkan nak off main power box, jadi tak nak peti sejuk rosak.

Kami sedekah kerusi dining table sebab sayang kalau biar tanpa penjagaan nanti material PU akan rosak. Sedekah small house appliances macam toaster, blender. Yang menyayat hati suami dia kena korbankan aquarium mini hantar ke makmal. ‘Menangis dalam hati’ suami kata… Huhuhuhu… isteri dia ‘is happy!’😁😁😁 Biar la letak di makmal, boleh jugak beri manfaat untuk student nak guna untuk project/research. Coffee maker Arrissto saya hantar ke pejabat, biar best friends dapat buat coffee ‘barista-style’ bila diorang teringin. Pakaian yang kami fikir boleh sedekah (masih dalam keadaan baik) kami letak tepi. Even my shoes, handbag and shawls yang saya tak bawak ke UK dan kalau tinggal di Melaka pun saya rasa tak senang hati terbiar, so biarlah dihulur kepada orang lain. Yang paling susah nak letgo barang adalah suami. Jersi Liverpool dia banyak! 😠Walaupun yang imitation tapi kualiti gred yang elok dan dia pun pandai jaga. Takkan nak biar dalam wardrobe mereput kan! Nak bawa semua macam tak kena ja! Study kat Manchester, bukan Liverpool! Hahahaha… Nasib dapat pujuk suruh sedekah. Itupun jenuh la nak pujuk tau!😪💆

Antara barang hantar ke rumah ibu mertua dan rumah family saya di kedah kebanyakkan pokok. Pokok bunga yang husband sayang (bunga raya), limau kasturi, nenas, cili burung, ciku, melur. Pokok mulberi, pokok indoor dan ulam raja saya beri kepada rakan sekerja. Kami sewa pick-up untuk hantar barang ke Shah Alam dan Kedah. Bukan pokok-pokok ja, ada motor suami, ada mesin basuh sebab kalau biar mesin basuh macam sayang kalau tak guna sebab terdedah cahaya matahari (sebab punca air & suis untuk mesin basuh letaknya di luar rumah, bukan di dalam). Kebetulan mesin basuh rumah my parents dah start buat problem (banyak kali dah sebenarnya) tapi biasa la orang tua ni, suka nak tangguh katanya tak penting sangat… anak-anak nak beli depa tak bagi beli… bila saya offer, terus angguk sebab 13.5kg load dan kami baru guna 2 tahun. Senang nak basuh comforter dan langsir. Di Kedah tak banyak design load besar, dan kalau ada pun harga agak mahal berbanding beli di KL.  Saya pun senang hati sebab parents tak perlu susah hati kalau mesin basuh lama meragam lagi.

Ok. Kita stop kat sini..
Nak share pasal utilities termination process. Saya akan share next post. Sebab ada drama masa nak terminate akaun utility… hahaha… Tunggu…




💗, ABA

Comments

Popular posts from this blog

Home Sweet Home: Part 3

Okay.... hopefully this will be the last entry about our new home story.. Part 2 macam ganas and exaggerate sikit kan..hahaha... bila nana dah simpan sabar tu dah lama & sampai satu tahap tu, memang meletop tebabooommm!!! Saya bukan jenis yang cakap kasar, merendahkan maruah orang apalagi keluar perkataan lucah.. It's not me.. Cuma bila sampai satu tahap yang orang sudah pijak kepala & anggap kita ni lemah dan tak cerdik, masa tu la "Nana Anak Tebuan" muncul...*peace yo!* After the incident, I've told to my husband that I will never step into the management office anymore. I told him to tell budak-budak yang ada kat Management Office tu "Jangan sampai my wife datang office macam hari tu"... ahaks... Jangan cari pasai dengan oghang kedah ni, sat lagi cek kuntau habih 1 ofis... Part 3 ni nak share semuanya tentang manis-manis sahaja.. sweeeeet gitu... cerita pasal perabot, pasal kitchen cabinet, deco-deco 1 rumah... Macam mana kami beli perabot...

Home sweet home - part 2

Okay... sambungan dari kisah sebelum ini. Isu tentang final payment vs serah kunci. Pemaju kata government salah. Government kata pemaju salah. At last, kami sebagai owner rumah yang tersepit! Ini semua bermula apabila selepas 2 minggu dalam bulan Mac 2015, masih tiada feedback dari pemaju bila tarikh untuk kami terima kunci rumah. Bila suami saya telefon wakil dari pemaju, mereka meemberi alasan loan kami sangkut lagi. Final payment belum ada apa-apa jawapan dari government. Government: Bahagian Pinjaman Perumahan. Memandangkan ini adalah kali pertama kami membeli rumah dan kali pertama suami saya membuat pinjaman dengan Bahagian Perumahan, jadi kami agak blur dan tiada ilmu untuk tegakkan siapa salah dan siapa betul. Selang dua hari, suami akan telefon Bahagian Perumahan. Nak dapat line masuk untuk bercakap dengan pegawai pun cukup susah. Bila suami check online untuk status pinjaman, tiada apa-apa isu yang serius sehingga pemaju boleh pending nak serah kunci. Kami sudah dea...