Kenapa kami travel tarikh berbeza? Sebab kekangan masa dan komitmen di tanah air. Persediaan dokumen untuk ke UK ambil masa 3 bulan (Jun- Ogos). Dari berbalas email dengan pihak UoM, dokumen yang perlu suami lengkapkan di pihak majikan dan penaja, permohonan visa secara online ( pening berganda ). Saya pula- event dari bulan Julai hingga penghujung September berturutan. Dari SE Masterclass di KL, organiser untuk 3 sesi SE Masterclass di Melaka, penasihat untuk projek tanggungjawab sosial (PSR), assist untuk SE events di kampus dan finale adalah IYSEC 2019 sebagai Penolong Pengarah Program + Setiausaha. Dalam masa yang sama, sesi kuliah dari bulan Julai hingga awal Oktober dan peperiksaan akhir pada minggu kedua Oktober. Rakan pejabat sanggup untuk ambil alih outstanding kerja tetapi hati berat. Serba salah. Ini tanggungjawab saya dan saya akan terus rasa bersalah buat kerja separuh jalan. Dalam masa yang sama fikirkan orang yang nak ambil alih akan bertambah kerja dan saya ...