Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

Dari Melaka ke Manchester: Antara September dan Oktober

Kenapa kami travel tarikh berbeza? Sebab kekangan masa dan komitmen di tanah air. Persediaan dokumen untuk ke UK ambil masa 3 bulan (Jun- Ogos). Dari berbalas email dengan pihak UoM, dokumen yang perlu suami lengkapkan di pihak majikan dan penaja, permohonan visa secara online ( pening berganda ). Saya pula- event dari bulan Julai hingga penghujung September berturutan. Dari SE Masterclass di KL, organiser untuk 3 sesi SE Masterclass di Melaka, penasihat untuk projek tanggungjawab sosial (PSR), assist untuk SE events di kampus dan finale adalah IYSEC 2019 sebagai Penolong Pengarah Program + Setiausaha. Dalam masa yang sama, sesi kuliah dari bulan Julai hingga awal Oktober dan peperiksaan akhir pada minggu kedua Oktober. Rakan pejabat sanggup untuk ambil alih outstanding kerja tetapi hati berat. Serba salah. Ini tanggungjawab saya dan saya akan terus rasa bersalah buat kerja separuh jalan. Dalam masa yang sama fikirkan orang yang nak ambil alih akan bertambah kerja dan saya ...

Dari Melaka ke Manchester: UoM

“Kenapa sambung luar negara?” “Buat dalam Malaysia kan boleh jimat, kawan-kawan dan keluarga ada.” Soal keluarga dan teman memang kami kalah. Jika faktor itu dihitung, suami memilih bumi Malaysia. Namun, bicara soal PhD, perlu dikira faktor ‘ field of study ’. Memandangkan bidang suami sesuatu agak ‘ young and limited resource ’ di Malaysia, sememangnya perlu ke luar negara. “Kenapa Manchester?” “London lagi best!” Mulanya, sebelum kami berkahwin, suami ada becerita, dia ingin buat PhD luar negara. Pilihan pertama: Canada. Tenganga saya dengar!😨 Diam. Angguk tidak. Bersuara pun tidak😑. Setelah beberapa tahun hasrat tertunda dek pelbagai komitmen, akhirnya dua tahun lepas suami menyatakan kesediaan untuk sambung belajar. Pilihan pertama tadi sudah berubah..hehehe… ke mana pula? Yang pasti, pihak kementerian menetapkan syarat ‘Top 100 university’ di dunia. Allahu…  - University's world ranking - Field of study -    Supervisor dan sesuai dengan bi...

Dari Melaka ke Manchester: Email yang ditunggu

Sememangnya perjalanan PhD sang suami bermula agak lewat jika diukur dari segi umur. Namun, siapa kita untuk mempertikai aturan Allah, Dia sebaik-baik Perancang.  'Better late than never' tidak boleh guna dalam konteks ini sebab sebagai seorang pensyarah universiti awam, suami memang perlu sambung pengajian PhD, dalam atau luar negara. Kenapa luar negara? Kenapa Manchester? (next post)😆 post ni nak warm-up manja-manja jer...(sebab dah lama tak ber'blog') Sejak dari awal tahun suami mempersiap segala borang untuk pihak universiti dan penaja. Dalam masa yang sama, kami berkorban waktu dan tenaga ulang-alik Ayer Keroh - Shah Alam untuk persediaan IVF.  Lecture class - injection - admin works (goes on and on for almost 2 months) Letih? Memang sangat lelah. Mengalah? Belum waktunya. Tapi... naluri sangat kuat mengatakan 'belum waktunya untuk zuriat'. Saat menerima panggilan dari klinik supaya stop injection , saya mengerti. Berbaki...

Major throwback - Saigon Trip November 2017

Lamanya tinggalkan blogspot ni! hahahaha... Bila bekerja, makan gaji, nak pulak jadi pendidik ni, memang fokus dah banyak lari. Tapi tetap curi masa sekurang-kurang sekali, jalan-jalan keluar dari Malaysia.. walau pi cop kat border siam, kira jugak la kan...hehehe... Makan angin oghang kedah kata. 2017, double date travel pergi Ho Chi Minh Vietnam... kami dua husband & wife + mama & abah... sebab mama abah dah jalan jauh awal tahun, jadi hujung tahun tanya la depa nak pi jalan mana-mana dak. dekat-dekat ja.. depa request pi Vietnam... Sebelum kahwin, zaman bujang, pernah bawak mama & abah pegi Hanoi... jadi kali ni pi Saigon pulak... Faham-faham ja la, kalau pi Saigon ni memang shopping ja..hahaha... Memandangkan kami travel dengan parents, tak dak la nak pakai konsep backpackers.. A big NO! Kalau parents hampa muda lagi, bawah 50 tahun, boleh la nak backpakers bagai, join geng orang muda, silakan.. kalau tak, sila la rancang dengan betul macam mana nak...