Melbourne-Adelaide-Gold Coast
Melbourne
Destinasi pertama kami adalah Melbourne. Dari Malaysia, naik Air Asia ke Melbourne, flight malam dalam 8 jam. Biasa lah, kalau naik flight Air Asia kena sampai awal di airport. Jangan lewat! Awal selamat! hehehe... Siapa yang pernah travel dengan Air Asia, anda faham macam mana kan? Kami check-in 3 jam awal, terus ke 'pelepasan antrabangsa'... Satu lagi, terminal di KLIA 2 sangat-sangat jauh dari kaunter check-in.. Untuk yang travel dengan warga emas yang kurang sihat, mohon untuk minta servis wheelchair.. Untuk family saya, my auntie baru lepas recover patah kaki, so kami jalan slow-slow ke terminal pelepasan antarabangsa.. Dapat gate 12, makkk aiii, paling hujung... memang kena bertabah... Masuk terminal, stop di food court untuk dinner dan solat sebelum bergerak ke gate 12.
KLIA 2 dengan adik ipar dan sepupu (belah husband)
Waktu Melbourne lebih kurang 3 jam lebih cepat dari Malaysia. Kami selamat tiba di Melbourne Airport jam 9.00 pagi. Memandangkan trip kali ini seramai 10 orang, makanya nak travel ke sana sini kena naik van panjang a.k.a bas persiaran 12 penumpang... dengan beg memasing yang besar bagok... hehehe... memang penuh isi van kami.. hahaha.... Adik ipar yang study di Adelaide ialah master mind.. dia yang arrange transport, hotel, apartment & domestic flight.. Jadi, masa kami tiba di Melbourne, memang dah ada orang yang tunggu dan guide kami ke kenderaan... So, agak lancar 1st day di sini.
part of us (saya travel dengan family husband)
Cuaca pulak agak sejuk (bagi rakyat Malaysia macam saya yang jarang travel luar negara)... Disember adalah musim panas bagi Australia tapi suhu setiap daerah berbeza-beza.. Kami tiba 17/12/2016, angin masih sejuk walaupun musim panas (summer).. So, jalan-jalan sekitar Melbourne memang kena pakai kardigan/leather coat/jaket nipis... nipis je, tak perlu tebal... Kalau rasa kulit tebal, maintain tahan breeze sejuk, boleh follow macam orang Aussie.. hahaha...
Di Melbourne, kami menginap di Ibis Styles The Victoria Hotel.. overall, hotel ni memang recommended.. one of affordable hotel di sini... kawasan hotel adalah kawan free-tram zone, maknanya, boleh naik tram for free untuk kawasan free-tram zone.. Untuk shopaholic, memang menjerit kalau datang Melbourne ni.. brand oultets keliling jalan, sure shopping tak hengat punya... tambah pulak bulan 12, after Christmas, ada boxing sale... harga kaw-kaw sale... hehehe... Depan hotel kami adalah butik Ted Baker London, mata ni dok usha ja.. Nasib ai tak minat dan tak mampu nak pakai baju-baju cantik sangat... hehehe... Paling best dan kena pergi adalah Victoria Market- dari local handcrafted product, jaket kulit, t-shirt, topi, handbag, dannnnn buah! Kami borong strawberries, blueberries, cherries... Masya Allah, manis sangat-sangat.. tapi bukan setiap hari buka tau, jadi kalau nak shopping kat Victoria Market, check dulu waktu operasi.. nak beli t-shirt untuk souvenir balik Malaysia, cari kedai yang pekerja Indonesia, boleh tawar harga. 7 AUD boleh dapat.. tempat lain, harga standard dalam 10 AUD.
Actually, bab hotel dan makan tak perlu risau bila travel to Melbourne.. hotel memang banyak... halal restaurant pun banyak... kedai makan Malaysia/Asian authentic merata-rata boleh jumpa di sini.. rajin-rajin google before travel, dapatkan alamat supaya senang nak rikki tempat.. 1st day, lunch makan pizza kedai Tasty India (certified halal).. 3 large pizza lebih kurang 45 AUD.. *jangan convert ke Ringgit Malaysia... sebab kat Aussie ni harga lebih kurang Malaysia, contoh 1 larga pizza RM15 di Malaysia, di Aussie 15 AUD(Australian Dollar)... hihihihi... lepas makan kami tour naik kuda, naik tram survey harga day tour nak pergi Philip Island.
ini antara tram yang bawak keliling kawasan 'free-tram' zone
dapat naik kuda! horse handler perempuan tau (dia ambil gambar ni)
Kalau dah sampai Melbourne, rugi kalau tak join day tour.. Nak pergi sendiri pun boleh cuma banyak kerja nak cari transport, beli tiket sendiri, arrange jadual sendiri... Kalau join day tour, agent dah siapkan jadual full day or half day... banyak tempat-tempat menarik boleh pergi once dah sampai Melbourne.. Since kami ada 1 hari ja full day keesokan hari, sebab lusa dah nak fly ke Adelaide, memang kena cari day tour yang boleh arrange last minute untuk 10 orang.. punya la cari, keluar masuk backpakers oulet, last-last balik hotel dapat book..
Philip Island
Day tour to Philip Island ada full day 11am - 11pm dan half day 1pm-11pm.. Half day tour akan bawa anda ke Churchill Island, Koala Conservation Centre, Nobbies Ocean dan Penguine Parade... kalau full day tambah 1 tempat lagi, Chocolate Factory... So, we all tak kisah tak dapat pergi choc factory, sebab main thing is nak tengok penguines! Harga untuk tour yang kami pilih ialah 106 AUD per person. Memang telan ayaq lioq jugak la time nak bayaq, tapi pengalaman tengok penguine tu priceless! Biar la gambar bercerita.
Di philip island, tiada gambar close-up sebab kamera tidak dibenarkan... Ramai tourist dari China yang ambil gambar, walaupun announcement dah dibuat dalam mandarin! Kalau hampa pi sana & curi-curi ambil gambar, sama la perangai dengan depa. Tidak hormat culture orang!
Kami semua menghayati view & momen tengok penguine naik ke darat.. Subhanallah...memang amazing! Lagi pun cuaca sangat sejuk, tangan masuk poket, keras! hehehehe...
(mampu tengok, duduk & ambil gambar sekejap saja.. tak tahan bau la...hehehehe)
(bekalan dari Victoria market, except coffee beli kat situ)
(rumah penguin... kat nobbies ocean boleh ambil gambar)
(dah sampai philip island, ini gambar yang boleh diambil dari jauh... visitor akan duduk dan bila sunset, penguin naik ke dari melalui kawasan ini)
Adelaide
Sebenarnya, tujuan asal ke Australia kali sebab nak attend konvo adik ipar... kebetulan timing ahli keluarga semua dapat pergi, jadi trip kali ni dipanjangkan.. dapat la merasai naik domestic flight melbourne-adelaide.
(kali kedua datang sini.. datang pagi, orang tak ramai sangat)
(encik suami memang big fan liverpool... silap tak pakai jersi liverpool...hihihi)
(kitorang tak masuk dewan konvo, kami pi cari makan-lunch...lapaq gila.. elok lepas makan, sampai hall dah selesai majlis, terus ambil gambar)
Gold Coast
Ini yang ditunggu-tunggu oleh kami!! (kecuali yang senior citizen).. Theme-park-time!
Touch down gold coast saja dah panasa lit lit macam kat Melaka...hahaha.. padahai dari adelaide kami semua pakai jaket/coat. Kami decide pergi 2 theme parks.. 1 hari 1 theme park- Movie World & Sea World.. waktu ni Dream world tutup sebab under-maintenance.
Kat sini susah nak cari restaurant halal jual fish & chips.. kalau ada pun kat brisbane.. masa kitorang naik van sewa jalan-jalan gi brisbane, dapat merasa fish & chips sedap & halal.
Kat GC, kitorang cari kedai arab, persian & pakistan.. kat sini pun nak beli souvenir, kena cari kedai yang betul-betul jual dengan harga berpatutan.. tak ingat nama kedai, tapi ada 1 kedai orang Malaysia kat sini, chinese, boleh cakap bahasa Melayu/Mandarin..
(boleh beli tiket theme park kat kaunter depan mall ni)
(beratuq panjang weiihhh..nasib kami beli tiket awal)
(datang sini pagi, sila tunggu sampai petang sebab ada parade)
Last day di GC, awal pagi dah check-out apartment dan terus ke sea world.. nasib sewa van, luggage simpan dalam van.
Ok lah... jangan ditanya berapa bajet tau.. ikut poket masing-masing.. sebelum nak datang sini, kira kos siap-siap, bukan hanya kos duit kapal terbang, makan & hotel ja... kos masuk theme park, nak naik ride semua ada bayaran, makan dalam theme park lagi.... untuk saya yang kerja makan gaji ni, setahun jugak la menabung..😚
Love,
a.b.a
Comments
Post a Comment