Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

Home sweet home - part 2

Okay... sambungan dari kisah sebelum ini. Isu tentang final payment vs serah kunci. Pemaju kata government salah. Government kata pemaju salah. At last, kami sebagai owner rumah yang tersepit! Ini semua bermula apabila selepas 2 minggu dalam bulan Mac 2015, masih tiada feedback dari pemaju bila tarikh untuk kami terima kunci rumah. Bila suami saya telefon wakil dari pemaju, mereka meemberi alasan loan kami sangkut lagi. Final payment belum ada apa-apa jawapan dari government. Government: Bahagian Pinjaman Perumahan. Memandangkan ini adalah kali pertama kami membeli rumah dan kali pertama suami saya membuat pinjaman dengan Bahagian Perumahan, jadi kami agak blur dan tiada ilmu untuk tegakkan siapa salah dan siapa betul. Selang dua hari, suami akan telefon Bahagian Perumahan. Nak dapat line masuk untuk bercakap dengan pegawai pun cukup susah. Bila suami check online untuk status pinjaman, tiada apa-apa isu yang serius sehingga pemaju boleh pending nak serah kunci. Kami sudah dea...

Home sweet home - part 1

Bercerita tentang soal rumah, macam-macam ragam orang masuk rumah baru yang pernah kita dengar kan? Sudah 3 tahun kahwin, belum ada rezeki zuriat, namun, Allah mudahkan urusan kami untuk memiliki rumah sendiri. Betul, Allah sebaik-baik Perancang. Pasti semua yang berlaku ada hikmah dan sebab mengapa Allah mudahkan urusan lain berbanding hal yang kita ingin sangat-sangat. Bila kami terfikir untuk punya rumah sendiri? Bagaimana urusan pembelian rumah? Pinjaman rumah? Kontraktor? Bajet untuk perabot & ubah suai? Memang banyak persoalan kan.  Soalan pertama yang bermain di fikiran adalah rumah jenis apa & lokasi. Sememangnya saya request kepada suami untuk mencari rumah yang memenuhi kriteria seperti: 1) lokasi yang mudah/senang cari untuk ahli keluarga datang dari jauh  2) rumah 2 tingkat. Tak kisah teres atau semi-D 3) ada stor untuk simpan barang mak nenek yang perlu disorok..hahahaha 4) ada tanah waima sekangkang kera untuk cucuk tanam 5) ada bilik...