Skip to main content

Falling in love is a fulltime job

I remembered the phrase from a romantic comedy movie "Beauty & the Briefcase". It is indeed a lovely quote.

"Falling in love is a fulltime job"...... "Jatuh cinta adalah kerja sepenuh masa"

Sepenuh masa! Ya! Selagi kita bernafas 24 jam, kita perlu jatuh cinta. Susah ke untuk jatuh cinta?

Kalau soalan ini diajukan kepada anak-anak muda, pastinya pelbagai jawapan akan diterima. ada yang akan jawab: senang. sebab dalam 5 tahun, dia telah jatuh cinta 5 kali (contoh aje ye..hehehe...)..... Ada yang akan jawab : susah. sebab dalam 5 tahun tak pernah jatuh cinta pun (inipun contoh jugak..hahaha)... 

Jika soalan ini ditanya kepada saya 10 tahun dahulu, mungkin saya akan jawab: susah... 

Namun, setelah usia semakin menginjak dewasa, saya kerap menerima nasihat dari orang yang lebih tua (mama saya, nenek, rakan-rakan) dan saya 'meneroka' isi hati saya. Yess, I did explored my heart, my thinking, my perception, everything. I did a lot of inner-searching. Mungkin bagi sesetengah orang, inner-searching tak perlu masa yang lama. Saya? Ya. Saya perlu ambil masa yang lama untuk faham betul-betul keperluan perasaan CINTA untuk diri saya. Dari setahun ke setahun, saya dapat rasa perubahan dalam diri. Baik dari segi penampilan, percakapan dan cara berfikir. Semuanya kerana saya semakin memahami tujuan hidup.




Sebagai seorang Muslimah, yang mempercayai Allah sebagai Pencipta alam semesta; kita juga percaya bahawa rasa kasih, sayang, cinta semua dianugerahkan kepada setiap hambaNya. Tidak dapat tidak, ya, kita harus akui perasaan yang bermain 24 jam setiap hari adalah anugerah dari Allah SWT.

Kita harus ada perasaan CINTA.

Cinta kepada Pencipta.
Cinta kepada Agama
Cinta kepada Rasul
Cinta kepada makhluk ciptaan Allah iaitu manusia, tumbuhan dan haiwan.

Oleh kerana perasaan CINTA inilah, manusia hidup aman dan tenteram. Oleh itu, kenapa masih ada yang menolak perasaan ini? Ianya satu fitrah. 

Allah berikan fitrah ini supaya kita tunjukkan perasaan CINTA kepada yang berhak melalui pelbagai cara.

Kita cinta kepada Allah....Oleh itu, kita tidak tinggal solat 5 waktu malah kita gandakan dengan solat-solat sunat. Kita lantunkan ayat-ayat Al-Quran dan fahami terjemahan.

Bila kita CINTA Allah, maka kita akan cintai perkara dan orang-orang yang Allah suka dan sayang. Allah kasihkan Nabi dan Rasul, Allah suka pada kebersihan, Allah suka pada wangian, Allah sayangkan musafir dan orang yang berjihad. Maka, kita perlu cintai Nabi dan Rasul. Ikuti sunnah Rasulullah SAW. Jadilah orang yang pembersih, wangi dan kemas sepanjang masa. Sentiasa niat berbuat sesuatu perkara kerana Allah seolah-olah kita mahu pergi jihad.

Bila kita CINTA Allah, maka Allah lebarkan kasih sayangNya kepada makhluk lain supaya mereka mencintai kita. Sebab kita cinta Allah, Allah turunkan jodoh yang baik-baik untuk kita. Kerana cintai Allah, kita kasihkan binatang seperti kucing sehingga tidak sampai hati menyakiti kucing tersebut. Kerana cintai Allah, kita pelihara dan jaga dengan rapi tumbuh-tumbuhan kerana makhluk Allah ini juga sujud dan berselawat.

Dengan adanya perasaan ini, kita menjadi seorang yang positif. Minda yang positif akan melahirkan aura yang positif. Aura positif yang kita ada akan "berjangkit" kepada orang sekeliling. Bagus kan?

Bila kita positif, kita akan buat sesuatu perkara dengan ikhlas waima menjerang air sekalipun. Kita ikhlas untuk bangun pagi untuk solat subuh, kita ikhlas bersiap untuk pergi bekerja, kita ikhlas memberi makan binatang peliharaan, kita ikhlas menyiram pokok-pokok tanaman, kita ikhlas memberi sedekah walaupun sedekah itu hanya sepotong ayat memberi salam dan secebis senyuman.

Oleh itu, kenapa kita menolak cinta? Kenapa perlu canang 1 dunia bahawa cinta membawa kehancuran hanya kerana cinta anda kepada seorang manusia tidak berbalas? Bila kita negatif, hati kita jatuh "sakit". Bila hati "sakit", nak ubatkan hati yang "sakit" perlukan tenaga yang banyak. Nak cari penawar bagi hati yang "sakit" kena balik kepada CINTA Allah.

Mulai hari ini, buang jauh-jauh segala macam unsur negatif dalam diri. Bina aura yang sihat supaya kita bukan sahaja nampak sihat tetapi kita juga "jangkitkan" aura positif itu kepada orang sekeliling. Percaya atau tidak, pokok pun boleh sakit kalau hati kita "sakit". ( Jangan gelak..ini bukan cobaan, ini betul-betul...hehehe)



Just be positive. Love each other & spread the love. The positive mind will guide you.




Love,
A.B.A

Comments

Popular posts from this blog

Home Sweet Home: Part 3

Okay.... hopefully this will be the last entry about our new home story.. Part 2 macam ganas and exaggerate sikit kan..hahaha... bila nana dah simpan sabar tu dah lama & sampai satu tahap tu, memang meletop tebabooommm!!! Saya bukan jenis yang cakap kasar, merendahkan maruah orang apalagi keluar perkataan lucah.. It's not me.. Cuma bila sampai satu tahap yang orang sudah pijak kepala & anggap kita ni lemah dan tak cerdik, masa tu la "Nana Anak Tebuan" muncul...*peace yo!* After the incident, I've told to my husband that I will never step into the management office anymore. I told him to tell budak-budak yang ada kat Management Office tu "Jangan sampai my wife datang office macam hari tu"... ahaks... Jangan cari pasai dengan oghang kedah ni, sat lagi cek kuntau habih 1 ofis... Part 3 ni nak share semuanya tentang manis-manis sahaja.. sweeeeet gitu... cerita pasal perabot, pasal kitchen cabinet, deco-deco 1 rumah... Macam mana kami beli perabot...

Dari Melaka ke Manchester: Rumah di Ayer Keroh vs. Flat di Cheetham Hill

Crumpsall Tram station (5 mins walking distance from our flat) Macam mana kami berdua survey rumah di Manchester? Contact orang Malaysia yang menetap di Manchester, husband tanya rakan-rakan yang pernah study di sana, contact student yang tengah study di Manchester. Kami berdua sepakat untuk husband ‘commute’ rumah ke universiti sama ada bas atau tram. Kereta? Kami fikir tiada keperluan untuk beli kereta. Memandangkan kami hanya berdua, biarlah kami susah sedikit tunggu bas atau tunggu tram dari keluar duit yang banyak untuk maintenance kereta. Kereta di UK memang murah. Tapi insurance dan servis yang banyak pakai duit. *ini pandangan kami berdua, kereta adalah ‘optional’ bukan keperluan. Kebanyakan family yang beli kereta di sini sebab ada anak-anak yang perlu diurus untuk ke sekolah atau lokasi rumah isolated atau jauh dari main road. Kalau nak travel dengan anak- anak pun, kereta lebih berbaloi dari naik bas atau train. We came across that Cheetham Hill (CH) town sa...

Home sweet home - part 2

Okay... sambungan dari kisah sebelum ini. Isu tentang final payment vs serah kunci. Pemaju kata government salah. Government kata pemaju salah. At last, kami sebagai owner rumah yang tersepit! Ini semua bermula apabila selepas 2 minggu dalam bulan Mac 2015, masih tiada feedback dari pemaju bila tarikh untuk kami terima kunci rumah. Bila suami saya telefon wakil dari pemaju, mereka meemberi alasan loan kami sangkut lagi. Final payment belum ada apa-apa jawapan dari government. Government: Bahagian Pinjaman Perumahan. Memandangkan ini adalah kali pertama kami membeli rumah dan kali pertama suami saya membuat pinjaman dengan Bahagian Perumahan, jadi kami agak blur dan tiada ilmu untuk tegakkan siapa salah dan siapa betul. Selang dua hari, suami akan telefon Bahagian Perumahan. Nak dapat line masuk untuk bercakap dengan pegawai pun cukup susah. Bila suami check online untuk status pinjaman, tiada apa-apa isu yang serius sehingga pemaju boleh pending nak serah kunci. Kami sudah dea...