Skip to main content

Dari Melaka ke Manchester: UoM


“Kenapa sambung luar negara?”
“Buat dalam Malaysia kan boleh jimat, kawan-kawan dan keluarga ada.”
Soal keluarga dan teman memang kami kalah. Jika faktor itu dihitung, suami memilih bumi Malaysia. Namun, bicara soal PhD, perlu dikira faktor ‘field of study’. Memandangkan bidang suami sesuatu agak ‘young and limited resource’ di Malaysia, sememangnya perlu ke luar negara.

“Kenapa Manchester?”
“London lagi best!”
Mulanya, sebelum kami berkahwin, suami ada becerita, dia ingin buat PhD luar negara. Pilihan pertama: Canada. Tenganga saya dengar!😨 Diam. Angguk tidak. Bersuara pun tidak😑.

Setelah beberapa tahun hasrat tertunda dek pelbagai komitmen, akhirnya dua tahun lepas suami menyatakan kesediaan untuk sambung belajar. Pilihan pertama tadi sudah berubah..hehehe… ke mana pula? Yang pasti, pihak kementerian menetapkan syarat ‘Top 100 university’ di dunia. Allahu… 
- University's world ranking
- Field of study
-  Supervisor
dan sesuai dengan bidangnya, ada 2 pilihan – Jepun atau Australia. Suami memilih Australia. 8 jam naik flight, ok la kan? Hehehe… Supervisor telah dihubungi. Tajuk telah dirangka. Namun, Allah Maha Mengetahui. Permohonan ditolak atas faktor IELTS.

Awal tahun 2019, suami sekali lagi membaca syarat untuk mendapatkan penajaan untuk sambung pengajian. Tahun ini, bukan lagi Top 100 tetapi Top 50! Kebetulan pihak universiti beliau menerima kunjungan delegasi dari University of Manchester (UoM) dan suami bertemu empat mata dengan bakal supervisor. Alhamdulillah, bakal supervisor suami masih ada ‘kuota kosong’ for the next 3 years. Bermulalah permohonan ke pihak UoM. Dalam bulan March 2019 suami mendapat surat tawaran dari UoM seterusnya membuat permohonan ke pihak penaja melalui universiti beliau. Hal ini yang ada twist sikit😞: pihak UoM tidak akan mengeluarkan surat kelulusan selagi tiada jaminan dari segi kewangan… pihak penaja (Malaysia) pula, mereka tidak akan proses permohonan selagi tiada ‘confirmation of placement’. Maka, bermulalah episod gaduh-gaduh manja (almost everyday) sebab stress kami berdua dah another level up! *resam suami isteri kan... gaduh petang, malam ok balik... gaduh malam, esok pagi dah baik😜😂

Sekembalinya kami dari berhari raya di Kedah, kami susun jadual masing-masing untuk ulang alik Shah Alam- Ayer Keroh untuk urusan ke Manchester. Saya lah tu! (Bila suami nak buat PhD, isteri self-appoint jadi PA🙋). Hal yang banyak bagi kekangan untuk kami adalah 
- Kami tinggal di Melaka, sedangkan banyak urusan perlu dilakukan di KL (visa, TB test, hantar borang ke KPM)
- Walaupun kami berdua bekerja sebagai pensyarah tetapi untuk universiti yang berbeza. Jadual kami selalu clashing. Bila saya free, dia ada kelas. Bila dia free, saya sibuk dengan events. Waktu ini Allah sedang uji kami untuk ‘sabar’, ‘tolak ansur’ dan ‘empati’.

Memandangkan fokus kali ini untuk suami dan time-table saya agak fleksibel, saya banyak adjust jadual saya untuk accomodate masa suami. Bila ada waktu saya boleh tolerate atau ada office-mate boleh cover, saya apply cuti follow husband ke KL. Cuti tahunan saya habis untuk ulang-alik KL-Melaka!

Bagi kebanyakan universiti, tarikh lapor diri bagi pelajar post-grads agak fleksibel berbanding undergrads. Namun, tidak boleh sambil lewa. Pihak UoM memberi tempoh sehingga 30 September. Sekiranya terdapat sebarang hal, pelajar boleh request untuk lapor diri sehingga Oktober, namun perlu ada alasan yang kukuh. Akhirnya, kami sepakat untuk travel berasingan. Suami lapor diri dahulu pada September, saya bakal menyusul pada Oktober selepas selesai events, kelas dan final exam.

Fiuhhhhh……
Kenapa kami pilih untuk travel tarikh berbeza? Next post!

 *Sacville building ni ada surau besar, boleh Solat Jumaat

UoM ada banyak bangunan sekitar city centre... 
dalam zon campus ni ada shopping mall, restaurants, brands outlet, hotel,
apartments, offices, etcs.

*UoM di Oxford road (consider main building)


Comments

Popular posts from this blog

Home Sweet Home: Part 3

Okay.... hopefully this will be the last entry about our new home story.. Part 2 macam ganas and exaggerate sikit kan..hahaha... bila nana dah simpan sabar tu dah lama & sampai satu tahap tu, memang meletop tebabooommm!!! Saya bukan jenis yang cakap kasar, merendahkan maruah orang apalagi keluar perkataan lucah.. It's not me.. Cuma bila sampai satu tahap yang orang sudah pijak kepala & anggap kita ni lemah dan tak cerdik, masa tu la "Nana Anak Tebuan" muncul...*peace yo!* After the incident, I've told to my husband that I will never step into the management office anymore. I told him to tell budak-budak yang ada kat Management Office tu "Jangan sampai my wife datang office macam hari tu"... ahaks... Jangan cari pasai dengan oghang kedah ni, sat lagi cek kuntau habih 1 ofis... Part 3 ni nak share semuanya tentang manis-manis sahaja.. sweeeeet gitu... cerita pasal perabot, pasal kitchen cabinet, deco-deco 1 rumah... Macam mana kami beli perabot...

Dari Melaka ke Manchester: Covid-19 - Lockdown - Hope

Novel Coronavirus, Covid-19... saya tidak perlu ulas lanjut kronologi bagaimana virus ini menjadi virus pandemik. Saat ini, dunia sedang 'berperang' dengan makhluk halus ini.  UK dalam fasa ' Easing Lockdown ' ketika ini. 24 Julai, kerajaan UK mula mengenakan mandatori pemakaian face mask ketika mengunjungi kedai. Shopping mall, brands outlet telah dibuka dengan kawalan pergerakan sosial. Hari pertama outlet dibuka semula, orang ramai membanjiri outlet pilihan dan sanggup beratur panjang dengan face mask . Taman rekreasi penuh dengan manusia. Beberapa minggu lepas, kami beriadah di Heaton Park, taman rekreasi yang besar di Manchester. Seperti tiada apa berlaku, kawasan hotspot ini dikunjungi manusia dengan tujuan masing-masing- berkelah, beriadah, sunbath, mengambil foto. Muzium dan hotel dibuka berperingkat mengikut zon/kawasan. Restoran dibenarkan menerima pelanggan 'dine-in' atau 'stay-in'. Sekolah telah dibuka berperingkat untuk beberapa kumpulan p...

To good to be true

Masya Allah.. Hampir setahun saya "abaikan" blog ini. Dalam tempoh satu tahun ini, pelbagai kisah indah dan duka berlaku. Saya hampir putus asa saat panggilan temuduga tidak berpihak kepada saya. Akhirnya, 1 minggu sebelum puasa 2014, saya ditawarkan bekerja. Kerja biasa-biasa saja. Gaji separuh dari gaji lama. Mula dari bawah, bukan lagi pangkat "manager" seperti tempat kerja lama. Suami saya tidak yakin yang saya boleh harungi dunia pekerjaan yang sangat berbeza dari pekerjaan lama. Dari manufacturing, terjun ke dunia hospitality & tourism. Saya jawab, saya tidak pilih kerja dan tidak kejar pangkat. Lagipun, lokasi tempat kerja baru sangat dekat dengan rumah. Tidak perlu bersesak di atas jalan raya dengan kenderaan lain. Tiada masalah kalau keluar dari rumah lewat sebab pasti kurang 10 minit sudah sampai. Alhamdulillah, duduk di Melaka memang beruntung, tidak perlu bajet untuk duit tol. (Siapa yang biasa berulang alik di Kuala Lumpur pasti faham) ...