Skip to main content

Dari Melaka ke Manchester: Antara September dan Oktober


Kenapa kami travel tarikh berbeza?
Sebab kekangan masa dan komitmen di tanah air.

Persediaan dokumen untuk ke UK ambil masa 3 bulan (Jun- Ogos). Dari berbalas email dengan pihak UoM, dokumen yang perlu suami lengkapkan di pihak majikan dan penaja, permohonan visa secara online (pening berganda).

Saya pula- event dari bulan Julai hingga penghujung September berturutan. Dari SE Masterclass di KL, organiser untuk 3 sesi SE Masterclass di Melaka, penasihat untuk projek tanggungjawab sosial (PSR), assist untuk SE events di kampus dan finale adalah IYSEC 2019 sebagai Penolong Pengarah Program + Setiausaha. Dalam masa yang sama, sesi kuliah dari bulan Julai hingga awal Oktober dan peperiksaan akhir pada minggu kedua Oktober. Rakan pejabat sanggup untuk ambil alih outstanding kerja tetapi hati berat. Serba salah. Ini tanggungjawab saya dan saya akan terus rasa bersalah buat kerja separuh jalan. Dalam masa yang sama fikirkan orang yang nak ambil alih akan bertambah kerja dan saya risau beri beban kepada orang lain. (ini masalah saya- ‘overthinking’)😔😖😖

Dalam berbalas email dari pihak UoM untuk permohonan visa, saya mula kemas perkakas rumah sedikit demi sedikit. Setiap masa pesan pada suami kemas barang di pejabat. *suami perlu kosongkan pejabat beliau sebelum fly sebab beliau dikira ‘cuti belajar 3 tahun’. 
Tapi…. 
Biasa lah kan… 
Lelaki… takkan kemas awal-awal… 
Lagi 2 minggu nak fly baru kelam kabut bawa balik buku-buku, tumpang bilik officemate, masuk bilik arkib…isteri dia yang terlebih risau (+ terlebih stress) 😤😠

On another part, memandangkan ahli keluarga jauh dari rumah, kami perlu fikir macam mana nak tinggal rumah di Melaka untuk 3 tahun. Ini termasuk perkakas elektrik, perabot, kain baju, pokok-pokok.

Travel tarikh berbeza ada kelebihan dan banyak juga ada kekurangan. 
Kelebihannya, saya biar suami fly dahulu tanpa risaukan sangat hal rumah. Saya masih masih boleh settleken sedikit setiap hari, termasuk akaun Astro, Unifi, maklumkan pada pihak management rumah (rumah kami gated & guarded). 

Orang perempuan ni, bila duduk sorang, tiada gangguan, tenang sikit nak buat kerja! Ahaks!😂😝😜

Saya jenis nak buat apapun kena ada list. Ini pula nak tinggal rumah 3 tahun, memang panjang berjela checklist saya😊. 

Ada list apa nak bawa, apa nak settle dari 1 bulan sebelum sampai ke hari nak fly

Kebiasaannya saya akan check list yang saya buat setiap hari supaya tiada yang tertinggal. Jadi masa tinggal seorang di Melaka sebelum fly, sedikit demi sedikit hal rumah saya settlekan.

Next post, saya share pasal apply online visa, medical check-up & some about UK requirement. **Stress tau ngadap hal ni berbulan-bulan...k bai!

Hari husband fly (sabtu), hari yang sama adik bongsu suami konvo di MMU Cyberjaya (sesi petang).
Kelam kabut kami balik ke Shah Alam, solat then terus gerak ke KLIA.
Esoknya (Ahad), saya bertugas untuk 'lecturer on stage' untuk wakil fakulti sesi petang.
Lepas tu, balik Melaka memang rasa sunyi (time ada di rumah je), 
pagi sampai petang kat office memang tak menang tangan settlekan kerja.






Comments

Popular posts from this blog

Home Sweet Home: Part 3

Okay.... hopefully this will be the last entry about our new home story.. Part 2 macam ganas and exaggerate sikit kan..hahaha... bila nana dah simpan sabar tu dah lama & sampai satu tahap tu, memang meletop tebabooommm!!! Saya bukan jenis yang cakap kasar, merendahkan maruah orang apalagi keluar perkataan lucah.. It's not me.. Cuma bila sampai satu tahap yang orang sudah pijak kepala & anggap kita ni lemah dan tak cerdik, masa tu la "Nana Anak Tebuan" muncul...*peace yo!* After the incident, I've told to my husband that I will never step into the management office anymore. I told him to tell budak-budak yang ada kat Management Office tu "Jangan sampai my wife datang office macam hari tu"... ahaks... Jangan cari pasai dengan oghang kedah ni, sat lagi cek kuntau habih 1 ofis... Part 3 ni nak share semuanya tentang manis-manis sahaja.. sweeeeet gitu... cerita pasal perabot, pasal kitchen cabinet, deco-deco 1 rumah... Macam mana kami beli perabot...

Dari Melaka ke Manchester: Covid-19 - Lockdown - Hope

Novel Coronavirus, Covid-19... saya tidak perlu ulas lanjut kronologi bagaimana virus ini menjadi virus pandemik. Saat ini, dunia sedang 'berperang' dengan makhluk halus ini.  UK dalam fasa ' Easing Lockdown ' ketika ini. 24 Julai, kerajaan UK mula mengenakan mandatori pemakaian face mask ketika mengunjungi kedai. Shopping mall, brands outlet telah dibuka dengan kawalan pergerakan sosial. Hari pertama outlet dibuka semula, orang ramai membanjiri outlet pilihan dan sanggup beratur panjang dengan face mask . Taman rekreasi penuh dengan manusia. Beberapa minggu lepas, kami beriadah di Heaton Park, taman rekreasi yang besar di Manchester. Seperti tiada apa berlaku, kawasan hotspot ini dikunjungi manusia dengan tujuan masing-masing- berkelah, beriadah, sunbath, mengambil foto. Muzium dan hotel dibuka berperingkat mengikut zon/kawasan. Restoran dibenarkan menerima pelanggan 'dine-in' atau 'stay-in'. Sekolah telah dibuka berperingkat untuk beberapa kumpulan p...

To good to be true

Masya Allah.. Hampir setahun saya "abaikan" blog ini. Dalam tempoh satu tahun ini, pelbagai kisah indah dan duka berlaku. Saya hampir putus asa saat panggilan temuduga tidak berpihak kepada saya. Akhirnya, 1 minggu sebelum puasa 2014, saya ditawarkan bekerja. Kerja biasa-biasa saja. Gaji separuh dari gaji lama. Mula dari bawah, bukan lagi pangkat "manager" seperti tempat kerja lama. Suami saya tidak yakin yang saya boleh harungi dunia pekerjaan yang sangat berbeza dari pekerjaan lama. Dari manufacturing, terjun ke dunia hospitality & tourism. Saya jawab, saya tidak pilih kerja dan tidak kejar pangkat. Lagipun, lokasi tempat kerja baru sangat dekat dengan rumah. Tidak perlu bersesak di atas jalan raya dengan kenderaan lain. Tiada masalah kalau keluar dari rumah lewat sebab pasti kurang 10 minit sudah sampai. Alhamdulillah, duduk di Melaka memang beruntung, tidak perlu bajet untuk duit tol. (Siapa yang biasa berulang alik di Kuala Lumpur pasti faham) ...