Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2020

Dari Melaka ke Manchester: Covid-19 - Lockdown - Hope

Novel Coronavirus, Covid-19... saya tidak perlu ulas lanjut kronologi bagaimana virus ini menjadi virus pandemik. Saat ini, dunia sedang 'berperang' dengan makhluk halus ini.  UK dalam fasa ' Easing Lockdown ' ketika ini. 24 Julai, kerajaan UK mula mengenakan mandatori pemakaian face mask ketika mengunjungi kedai. Shopping mall, brands outlet telah dibuka dengan kawalan pergerakan sosial. Hari pertama outlet dibuka semula, orang ramai membanjiri outlet pilihan dan sanggup beratur panjang dengan face mask . Taman rekreasi penuh dengan manusia. Beberapa minggu lepas, kami beriadah di Heaton Park, taman rekreasi yang besar di Manchester. Seperti tiada apa berlaku, kawasan hotspot ini dikunjungi manusia dengan tujuan masing-masing- berkelah, beriadah, sunbath, mengambil foto. Muzium dan hotel dibuka berperingkat mengikut zon/kawasan. Restoran dibenarkan menerima pelanggan 'dine-in' atau 'stay-in'. Sekolah telah dibuka berperingkat untuk beberapa kumpulan p...