Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

To good to be true

Masya Allah.. Hampir setahun saya "abaikan" blog ini. Dalam tempoh satu tahun ini, pelbagai kisah indah dan duka berlaku. Saya hampir putus asa saat panggilan temuduga tidak berpihak kepada saya. Akhirnya, 1 minggu sebelum puasa 2014, saya ditawarkan bekerja. Kerja biasa-biasa saja. Gaji separuh dari gaji lama. Mula dari bawah, bukan lagi pangkat "manager" seperti tempat kerja lama. Suami saya tidak yakin yang saya boleh harungi dunia pekerjaan yang sangat berbeza dari pekerjaan lama. Dari manufacturing, terjun ke dunia hospitality & tourism. Saya jawab, saya tidak pilih kerja dan tidak kejar pangkat. Lagipun, lokasi tempat kerja baru sangat dekat dengan rumah. Tidak perlu bersesak di atas jalan raya dengan kenderaan lain. Tiada masalah kalau keluar dari rumah lewat sebab pasti kurang 10 minit sudah sampai. Alhamdulillah, duduk di Melaka memang beruntung, tidak perlu bajet untuk duit tol. (Siapa yang biasa berulang alik di Kuala Lumpur pasti faham) ...